Kamera keselamatan yang dipasang di bandar barat Makkah di Arab Saudi menangkap penglihatan yang dianggap sebagai jin.
Penampakan tersebut kelihatan seperti orang berjubah putih namun tanpa muka.
* Suratkabar Saudi berkata, penampakan itu dirakam semua kamera keselamatan yang dipasang di bangunan sekretariat di masjid.
Sumber dari sekretariat Makkah mengatakan, penampakan tersebut berwarna seluruhnya putih dan berdiri di dekat salah satu pintu gedung.
Namun, wajahnya tidak kelihatan. “Itu terlihat sekitar pukul 3.00 pagi,” ujar sumber dikutip Emirates247, Ahad (13/10).

Malaikat Bercahaya Tertangkap Kamera di Masjid Nabawi. Selain manusia, masjid juga dikunjungi atau didiami oleh sosok gaib seperti malaikat dan jin muslim.
Sebelum ini di Masjid Nabawi di Madinah terekam dalam bentuk video aktifitas sosok gaib tersebut. Sosok misterius itu bercahaya putih berada di tengah-tengah umat yang sedang serius mendengarkan ceramah Syaikh dr. Abdul Muhsin al-Qasim.
Saat itu bertepatan dengan shalat Jumat 23 Muharram 1433 H. Video ini diunggap ke youtube dan spontan menggemparkan dunia, karena sosok itu tampak jelas terekam dalam video.
Berbagai pihak mencoba menganalisis sosok bercahaya itu. Ada yang menyebutkan itu sebagai efek cahaya dari sinar matahari, tapi teori itu terbantahkan karena atap masjid Nabawi terbuat dari marmer.

Tak seorang pun menyadari sosok itu berada di tengah-tengah umat. Bahkan pengurus masjid ketika menyaksikan video itu tak bisa mengidentifikasi siapa sosok misterius tersebut.
Sebagian besar orang meyakini sosok gaib itu kemungkinan Malaikat yang memang selalu hadir di dalam Masjid Nabawi.

Awas Mazhab Kristian Yang ‘Mirip’ Islam

Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian.
Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.

Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku’ dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa’atul awwal (fajar/shubuh), sa’atuts tsalis (dhuha), sa’atus sadis (dhuhur), sa’atut tis’ah (ashar), sa’atul ghurub (maghrib), sa’atun naum (Isya’), dan sa’atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April.
Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin – Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma’at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu per sepuluh dari pendapatan.

‘The World’ merupakan gugusan kepulauan buatan yang terdiri daripada kira-kira 300 pulau-pulau kecil yang dibina dalam bentuk kasar peta dunia , yang terletak 4.0 kilometer di luar pantai Dubai , United Arab Emirates.

Pulau-pulau yang terdiri terutamanya daripada pasir dan batu ditambak di perairan pesisir pantai cetek Dubai. 321 juta meter padu pasir dan 31 juta tan batu telah digunakan untuk membina pulau-pulau yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 6 x 9 kilometer, dan dikelilingi oleh sebuah pulau pemecah ombak berbentuk bujur. Pulau-pulau yang dinamakan sempena nama negara-negara seperti Britain , Jerman , Switzerland, dan lain-lain ini terdiri daripada 14,000 hingga 42,000 meter persegi dan terletak kira-kira 100 meter dari satu sama lain.
Projek ini dimulakan hampir 10 tahun yang lalu, tetapi kerja-kerja telah terhenti secara berkala sejak berlakunya kemelesetan ekonomi global. Dua tahun lalu, keseluruhan projek itu telah sangat hampir dengan kegagalan apabila Penguine Marine, syarikat yang menyediakan perkhidmatan mengangkut dari pantai, mendakwa bahawa pulau-pulau tersebut semakin tenggelam ke dalam laut cetek. Nakheel Properties Group, pemaju hartanah, bagaimanapun menafikan laporan tersebut.

Walaupun hampir 70 peratus daripada pulau-pulau itu telah dijual, menurut satu laporan pada Januari 2012 , pulau-pulau itu secara kekal kebanyakannya tidak disentuh kerana kelewatan dan kekurangan keperluan infrastruktur. Hanya dua pulau daripada 300 pulau-pulau yang mempunyai binaan bangunan di atasnya. Salah satu daripada pulau itu, iaitu Pulau Lebanon, adalah satu-satunya yang setakat ini telah dibangunkan secara komersial. Ia dimiliki oleh ahli perniagaan Abu Dhabi, Ravi Raman yang merancang untuk menggunakannya bagi acara-acara korporat swasta dan pihak awam.
Namun baru-baru ini, terdapat pelbagai rancangan untuk menghidupkan semula projek ini. Kleindienst, syarikat pembangunan hartanah di Dubai mengumumkan bahawa tidak lama lagi mereka akan memulakan kerja-kerja pembinaan di “Heart of Europe”, satu pembangunan yang bercita-cita tinggi yang dirancang merangkumi sebanyak enam pulau di ‘benua Eropah’.

Nakheel Group sendiri bakal membangunkan sebuah resort yang dinamakan “Coral Island” di  lebih daripada 20 pulau yang membentuk bahagian Amerika Utara. Satu lagi kumpulan pelaburan dari Kuwait telah membeli 14 pulau yang membentuk Australia dan New Zealand di mana akan wujud resort lain. Finland, Ireland, Britain dan Moscow yang diperolehi oleh kumpulan-kumpulan perniagaan yang berbeza dengan rancangan untuk mengubah mereka menjadi villa, pub , pusat peranginan bertemakan fesyen dan banyak lagi.