Memang sukar dipercayai apabila seekorbuaya berjaya menyelinap masuk ke dalam sebuah rumah tumpangan yang berdekatan dengan dari sebatang sungai. Apa yang lebih memeranjatkan lagi, buaya tersebut dilihat bersembunyi di bawah katilsebuah rumah yang sewa oleh seorang lelaki. Kes seperti ini memang tidak pernah didengari sebelum ini. Tetapi kes yang melibatkan haiwan seperti ular memang ada. Ini kerana fizikal yang kecil memudahkan ia menyusup masuk ke dalam rumah.


HARARE, Zimbabwe – Seorang pengurus rumah tumpangan terkejut menemui seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur pada malam sebelumnya.
Reptilia seberat 136 kilogram (kg) itu dipercayai menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan baru-baru ini.
Buaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan, Guy Whittall selama lapan jam.
“Saya menjuntai kaki semasa duduk di katil selepas bangkit dari tidur. Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya,” kata Whittall.

Lelaki tersebut yang berusia 40 tahun hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan.
Ketika itu, dia mendengar jeritan seorang pekerja yang masuk untuk mengemas biliknya.
Beberapa pekerja rumah tumpangan tersebut bergabung tenaga untuk menangkap buaya berkenaan dan membebaskan reptilia itu ke habitatnya. – Agensi

1 comment:

  1. ih, serem banget akak.. itu kok bisa sih. buayanya dari mana coba? Dimana yang jual mesin absensi sidik jari seperti ini? Saya pernah menemukan mesin fingerprint yang support akses kontrol juga.

    ReplyDelete